27 April 2009

Jom Heboh kat Lumut


"Selama 2 hari bermula hari Sabtu
hingga esoknya (Ahad), Konsert Jom Heboh tajaan TV3 akan diadakan di Lumut, Perak.

Bila bercakap tentang Jom Heboh, sukar untuk kita mengelak dari mengingati Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Konsert Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.
Walaupun konsert itu mengikut Mufti haram, namun Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan BN sebelum PRU ke-12 tidak mengindahkannya. Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di Ipoh.

Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh’.

Ketika Kerajaan PR menguasai Perak, konsert Jom Heboh dihentikan selepas TV3 secara sukarela menarik diri. Mengikut Menteri Besar ketika itu, Muhammad Nizar Jamaludin, “Kita tidak ada beri arahan pun (untuk tarik diri dari mengadakan konsert) , dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsip-prinsip kita,”

Dan esok - selepas BN memerintah semula Perak - konsert itu diadakan semula kerana mungkin TV3 tidak perlu lagi menghormati prinsip sebelumnya ketika PR berkuasa. Yang sehingga kini belum bercakap mengenai konsert Jom Heboh di Lumut itu ialah Harussani. Dulu pada tahun 2004 dan 2007 beliau tegas dengan fatwa "Sure Heboh" dan " Jom Heboh" haram, sekarang adakah fatwa itu masih terpakai?

Janganlah pula kata kerana Zambery sudah menjadi rakan kamcengnya, yang dulu haram sudah menjadi halal pula, Tok Mufti? Atau Tok Mufti sakit mulut tak boleh bercakap ke?"
Petikan ni aku dapat kat salah satu forum yang baru aku telusuri. TV3 Forum. Banyak juga fakta-fakta yang aku masih ketinggalan. Fakta-fakta yang menarik. Ambil yang jernih, yang keruh tolak tepi.Persoalanya: 'Kemana hilangnya suara-suara lantang Mufti yang disanjungi dan dikaguni kerana pandangannya yang tegas apabila perkara-perkara seperti ini timbul?' Tepuk dada tanya Iman. Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal... ;)

Siapa Lulus Kasino?

Asyik membaca aku tertarik dengan salah satu topik kat Cbox PahangDaily. Lulus lesen kasino Genting. Maka aku pun cari la forum-forum yang berkaitan. dan terjumpa lah satu forum yang dah memang aku kenal dari dulu. Mesra.net Forum. Menarik. Macam-macam ada. Pro dan Contra. kalau rajin klik ja kat link yang aku letak tu. Rajin lagi klik kat tajuk kat atas. Sekadar menambah pengetahuan am. Boleh la nanti amik paper Pengajian Am. Heh..

Pendirian aku, aku ni tak akan layan cakap-cakap atau komen tanpa bukti-bukti yang kukuh lagi sahih. Semua orang boleh bercakap, boleh menulis apa saja tanpa keluar satu sen pun. Pak Lah boleh cakap, Anwar boleh cakap, Najib boleh cakap, Sepol pun boleh cakap, sumpah, penarik beca boleh cakap dan pengemis tepi jalan pun boleh cakap. Apa yangg membezakan percakapan mereka adalah ilmu dicampur iman yang ada pada mereka. Kita boleh nilai la yang mana. Bila orang berilmu tapi tak beriman bercakap, mereka akan mengunakan kepandaian mereka untuk bercakap tanpa memikirkan dosa dan pahala. Suka hati bercakap tanpa ada rasa bersalah. Tapi sebaliknya orang yg berilmu dan mempunyai iman akan bercakap sesuatu dengan berhati-hati akan dosa dan pahala. Itulah bezanya. Aku lebih suka berpegang kepada fakta yang sah, sahih, lagi terbukti kebenarannya dari bercakap yang bukan-bukan. Sama saja kepada semua orang.

Kalau anda kata Anwar rasuah, dedahkan bukti hitam putih yg Anwar rasuah. Kalau anda kata Pak Lah rasuah dan salah gunakan kuasa, kemukakan bukti yang Pak Lah rasuah dan salah guna kuasa. Kalau nak tuduh Anwar meliwat, tunjukkan bukti yangg Anwar liwat.

Kalau cakap tanpa bukti ibarat cakap kedai kopi yang hanya boleh didengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kita sebagai orang ISLAM janganlah sampai menyampaikan berita yang tak pasti. Takut nanti kita terpalit dengan dosa fitnah. Dengar boleh percaya jangan.

ALLAH jadikan kita dengan otak kat kepala untuk berfikir bukannya otak yg diletakkan kat kaki. Jangan hilangkan maruah diri sendiri dengan ikut sahaja apa yang orang kata mcm lembu yang ikut sahaja ke mana tali ditarik.

24 April 2009

ISU: Anak kekal agama: Keputusan kabinet disambut baik?

Baru tadi aku terbaca salah satu blog kegemaran aku. Huh, macam dia tahu ja apa yang aku tulis kat blog aku ni. Walhal aku tak dak la publish kat mana-mana blog pun. Tapi post tu hampir menjawab, walaupun tak menyeluruh tentang kemusykilan yang aku alami, aku dapat merumuskan jawapan daripada persoalan yang bermain dibenak fikiran aku ini. Post yang bertajuk 'Anak Kekal Agama: Keputusan Kabinet Disambut Baik...?'
Boleh lihat dengan klik tajuk tu. Baca dan fahami komen-komen yang diberikan oleh pembaca-pembaca disitu.

Apa yang dapat aku simpulkan disini ialah

1) Suami isteri tersebut secara automatiknya telah bercerai kerana si isteri berlainan agama. Timbul pulak persoalan bagaimana nak bercerai kerana status perkahwinan didaftarkan di mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil pula tidak mempunyai kuasa untuk itu kerana si suami sudah ISLAM dan ia tertakluk dibawah undang-undang Syariah. Itulah kelemahan sistem perundangan manusia. Aku percaya ini adalah pertunjuk daripada Yang ESA dan ada hikmah disebalik semua ini berlaku. Bukankah mudah kalau semua sistem perundangan di negara ini menggunakan sistem perundangan ISLAM? Hukuman Adil dan Saksama. Tak kira Muslim atau bukan Muslim. Renung-renungkanlah...

2)Status anak. Bagi yang belum mumayyiz, apabila suatu penceraian itu berlaku, hak penjagaan jatuh kepada si ibu jika dia berkemampuan. Tetapi dalam hal ini, si bapa sudah mendaftarkan semua nama anak-anaknya kepada nama ISLAM. Dan dia hanya menuntut hak penjagaan kerana mahu menyelamatkan AQIDAH anak-anaknya. Sebab itu tanggungjawab seorangg bapa untuk menyelamatkan AQIDAH anaknya kerana tentu dia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bagi aku ini bukan isu politik atau isu kesamarataan tapi ini isu AQIDAH.

Semoga ALLAH gerakkan hati dan tunjukkanlah kami akan cara perjuangan yangg ENGKAU kehendaki dan redhai. Amin...

Syukur

AlhamduliLLAH. Aku dapat panggilan juga akhirnya. Dari commercezone.com.my. Temuduga melalui talian telefon. Pertama kali dalam hidup aku orang interview through phone call. Tak kisahlah, janji kerja. Aku sendiri tak berapa pasti bila aku apply kerja kat situ. Walaupun jawatannya nampak biasa, IT Helpdesk ja, tapi agak mencabar bagi aku. Melalui maklumat yang diberitahu kepada aku, kerjanya banyak meguruskan email dan make a phone call to client. Tak tau la clients yang macam mana. Tengok dari latar belakang company, mereka ni buat 'Perkhidmatan Perdagangan mata wang FXOpen juga termasuk aliran bebas tukaran mata wang asing, broker tukaran mata wang asing, dagangan tukaran mata wang ... bla... bla... bla...'
Gaji dia tawarkan tu taklah seberapa, tapi boleh la. Daripada dok umah tak dapat apa-apa, boleh juga aku hidup. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekarang ni nak simpan pun tarak. Huhu..

Nizar Fail Afidavit Bantah Permohonan Zambry

PUTRAJAYA - Menteri Besar PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam mengemukakan bantahan terhadap permohonan Menteri Besar BN Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan berhubung peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan seterusnya mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Sumber dari PahangDaily